29 August 2014

Chia Seed : Amal Tapi Jangan Berlebihan


29 Ogos 2014.

Lepas terbaca entri Ily : Benefits Of Chia Seeds tempohari, aku cari juga chia seeds ni di pasaraya besar. Alhamdulillah, jumpa juga chia seeds jenama Cosway ni di rak bahagian Organik di AEON Ayer Keroh. (Thanks KekDa dan Ily yang bagitahu kat kedai mana boleh cari Chia Seeds ni!) Selama ni kalau lalu depan bahagian Organik ni, mata antara tengok tak tengok je apa ada di rak tu. Go thru satu-satu produk organik tu, rupanya banyak juga produk organik yang menarik.

Salah satunya ialah Gluten Free Quinoa macam dalam gambar kat atas tu. Kebanyakkan mentor Herbalife yang terlibat dengan program kecergasan 24 macam Mohd Firdaus tu, memang amalkan pemakanan quinoa ni. Aku pun minat nak cuba, untuk gantikan pengambilan nasi putih.

Paparan pek bahagian depan dan belakang Chia Seeds ni


Disebabkan aku dan suami tak ada masalah nak makan biji selasih, jadi chia seeds ni agak mudah nak diterima tekak. Kebetulan masa bulan puasa tempohari, memang kerap juga letak biji selasih dalam air minuman berbuka puasa. (Nota : Biji selasih dengan chia seeds bukan benda yang sama ye, bau-bau bacang pun bukan).

Aku biasanya rendam dengan air masak, rendam sebelum tidur. Nanti bangun pagi, bahagi dua portion chia seeds yang mengembang bak juara tu; satu masukkan dalam shake Herbalife dan satu lagi masukkan dalam air masak 2 liter bekalan ke pejabat. Kalau terlebih rajin, dalam teamix 2 liter pun aku masukkan Chia Seeds ni, yang penting jangan lebih dari 1 sudu pengambilan Chia Seeds sehari.

 Bancuh sekali dalam shake Herbalife. Sedap plak macam makan biji selasih....krap krup! Hehehe....

Dalam teamix pun boleh ditabur benih chia.

Mesti ramai dah tahu kebaikan Chia Seeds ni kan? Tak payah cerita panjang berjela la, ambil point penting-penting je ye.....

Chia Seeds - makanan sihat yang dipenuhi dengan nutrien yang memberi manfaat kepada kesejahteraan dan  kesihatan secara keseluruhan - iaitu Omega-3, serat, protein dan antioksidan.

Kebaikan Amalan Pemakanan Chia Seeds

• Rasa lebih kenyang dan membendung tabiat snacking kerana ciri hydrophilic chia apabila direndam 
• Tingkatkan tenaga dan mengelakkan perasaan mengantuk kerana kandungan serat chia ini 
• Mengurangkan sakit sendi dan bengkak kerana khasiat Omega-3 dan antioksidan dalam Chia Seeds
• Kualiti kulit lebih baik dan lebih lembut kerana khasiat Omega-3 dan antioksidan dalam Chia Seeds 
• Meningkatkan pencernaan dan kesihatan metabolik kerana serat mudah larut chia yang bagus untuk bakteria perut


Kesan Sampingan Benih Chia

Sama seperti mana-mana makanan, pengambilan Chia Seeds yang berlebihan (lebih dari satu sudu teh sehari), boleh mengakibatkan beberapa simptom kesan sampingan. Walau bagaimanapun, kebanyakannya boleh ditangani dengan mudah.

Sumber : http://www.primalbritain.co.uk/chia-seeds-benefits-and-side-effects/



Penjelasan lanjut berkaitan kesan sampingan benih chia boleh dirujuk di sini : 

http://strictlychiaseeds.com.my/side-effects-chia-seeds/

Sumber : http://strictlychiaseeds.com.my/complete-chia-seed-faq/

Rebiu Peribadi:

1-2 hari pengambilan chia seeds ni, aku memang lawas buang angin je. Huhuhu...lepas tu dah kurang sedikit. Proses pembuangan air besar pun lancar setiap hari, cumanya tahap kekerapan buang air lebih kerap berbanding 2 kali sehari. Rasa sangat lega dan boleh rasa perut 'kempis' sikit. ;)

Harap-harap boleh istiqamah ler amalkan Chia Seeds ni, jangan terperuk kat rak sampai kena buang sebab dah expired sudah ler....huhuhu!

Updated (9 September 2014) !
Berkongsi sebungkus chia seeds ni dengan suami; sesudu setiap hari. Sebungkus bertahan selama 17 hari (untuk 2 orang makan). Jadi, kalau nak istiqamah makan selalu, kena ada 2 pek chia seeds untuk bekalan sebulan.