11 December 2015

Zakat Pendapatan 2015 & Zakat Emas


11 Disember 2015.

Alhamdulillah hari ni bercuti rehat untuk menguruskan urusan di Pusat Zakat Melaka. Daftar untuk pemotongan zakat pendapatan melalui gaji pada bulan Disember 2014, rupanya proses pemotongan gaji efektif bermula bulan Mac 2015. Jadinya berbaki 2-3 bulan (Jan - Mac 2015) yang tidak dicover, so aku ke sana untuk bayar secara tunai untuk baki bulan tersebut.



Alang-alang dah sampai situ, aku terus minta staf PZM buat pengiraan semula kadar potongan gaji untuk tahun 2016, memandangkan KGT aku akan berganjak pada bulan Januari 2016. Senang, sekali harung kan?


Ikutkan tahun ni potongan zakat aku sebanyak RM73++ tapi aku dah minta bundarkan kepada RM80. Tadi masa staf PZM kira untuk tahun 2016, kadar baru adalah RM83++, tapi aku minta genapkan kepada RM100. 

Owh, satu info penting untuk sesiapa yang bayar zakat guna potongan gaji. Setiap tahun, kena buat pelarasan semula kadar potongan zakat tu secara manual; iaitu dengan mengisi borang kebenaran potongan gaji zakat (skim mudah) (pembayaran zakat tambahan) dan serahkan balik untuk diproses dalam tempoh 3 bulan. Potongan gaji zakat ni tak auto-deduct base pada kenaikan gaji macam potongan PCB tau. Tu je satu kekurangan sistem potongan gaji zakat ni. 

Satu lagi, kalau nak cantik perubahan potongan gaji zakat bermula dari awal tahun (Januari), sebaiknya isi borang kebenaran tu seawal bulan September / Oktober. So, just nice je la proses tu selesai dalam tempoh 3 bulan menjelang awal tahun hadapan.

Tadi pun sempat riki-riki dengan staf PZM tentang zakat simpanan emas, memandangkan aku dah mula berjinak-jinak membeli dan menyimpan emas (dinar,syiling dan goldbar). InshaAllah kalau dah cukup syarat simpanan mencapai 85gram, dah boleh bayar zakat simpanan emas pula...best2!

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)