10 July 2017

2 Minggu Aidilfitri 1438H, Dapat Balik Berat Penghujung Ramadhan

10 Julai 2017.

Salam 16 Syawal 1438H!
Dah nak masuk minggu ketiga bulan Syawal ni kan? Huish, sekejap je masa berlalu. Nak catit kenangan di blog tentang usaha kembali ke mod diet dan hasil berpuasa ganti dan sunat Syawal...alhamdulillah, hari kedua berpuasa sunat (total hari berpuasa setakat 14 hari Syawal ni = 5 hari), dapat jumpa balik bacaan timbang berat 71.1kg tu. Makan masa 2 minggu juga nak turunkan kenaikan 1.4kg tu. Berposak orang Melaka kata....

Berbaki 4 hari puasa sunat Syawal ni, aku nak ubah strategi menu berbuka dari spagetti kepada nasi beras perang pula la. Tak de la muak sangat pun lima hari straight berbuka dengan spagetti tapi nak kena variasikan juga sumber karbo dalam badan ni. Malam tadi dah siap-siap jerang nasi beras perang dan lepas sahur tadi dah sediakan cajun grilled chicken untuk mealprep sepanjang minggu ni.
  

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)