12 July 2017

Meal Prep Untuk Menu Berbuka Puasa Sunat Syawal


12 Julai 2017.

Alhamdulillah dah masuk hari ke-5 berpuasa sunat Syawal hari ini (18 Syawal 1438H). Pagi tadi bersahur seperti biasa dengan shake F1, air teamix 1 liter, 2 potong buah-buahan dan sedikit air masak. Minggu ni berbuka dengan menu nasi beras perang pula, cuma sumber protein divariasikan antara ayam dan telur. Sumber fiber pula dari sayur yang dicelur dan digrill sahaja.


Syukur alhamdulillah, jarum penimbang dah mula bergerak menunjukkan penurunan dari berat 71.1kg tu semalam. Dua hari makan nasi beras perang, berat terkini adalah 70.5kg. Bukan sengaja tapi aku memang nak kongsikan di akaun FB peribadi gambar makanan berbuka, secara tak langsung orang boleh nampak apa yang aku makan dalam proses diet ni. Niat aku satu sahaja, tak lain tak bukan, sekiranya menu diet aku ni betul orang lain boleh ambil sebagai contoh rujukan. Tapi kalau menu diet aku ni ada silap salah, aku harap ada yang menegur secara berhemah supaya aku dapat perbaiki diri sendiri. Ye la, kadang kita ingat apa yang kita buat tu betul tapi hakikatnya tak lepas dari kekhilafan, kan?

Stok nasi beras perang masih berbaki dua bekas dalam fridge, jadi hari ni aku ingat nak masak telur hancur letak cendawan dan cili padi. Hari-hari makan ayam pun tekak terasa nak makan benda lain kan? Hehe. Sayur macam biasa ...paling senang nak telan, timun jepun. Betul-betul jatuh cinta dengan timun jepun ni disebabkan kerangupannya, lagi-lagi kalau disejukkan sekejap sebelum makan.

Esok hari terakhir puasa sunat Syawal, inshaAllah hari Jumaat dah boleh beraya semula.... 😊

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)