06 November 2017

Kemaskini Kadar Zakat Pendapatan Bagi Tahun 2018


6 November 2017.

Kisah throwback 1 November 2017. Kebetulan selepas temujanji di GH Melaka, on the way balik ke pejabat aku singgah sekejap ke Pusat Zakat Negeri Melaka untuk mengemaskini kadar potongan gaji bagi zakat pendapatan tahun 2018. Kalau ikutkan sepatutnya aku buat pengemaskinian ni seawal bulan Oktober sebab sebarang perubahan potongan mengambil masa 2-3 bulan. Tapi nak buat macam mana kan, bulan Oktober banyak dugaan sepanjang bulan ketiga hingga keempat kehamilan dengan kes tumpah darah, bedrest dan spotting menyebabkan aku kurang bergerak bagi mengelakkan bleeding berlaku lagi.

Selepas dibuat pengiraan berdasarkan gaji terkini dalam slip gaji, kadar potongan mengunakan kaedah pertama menunjukkan kadar potongan zakat yang dikenakan kepada aku adalah sebanyak sekitar 136.00++, jadi aku minta agar digenapkan potongan kepada RM150 sebulan. Jadinya, aku menaikkan kadar potongan zakat pendapatan dari RM120(2017) kepada RM150(2018).

No comments:

Post a Comment

Awak hantar komen? Awak sangat 'awesome' ! Terima kasih.... :)